Tuesday, December 7, 2010

pelangi selepas hujan

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca serta menziarahi blog ini...moga kalian sentiasa dilimpahi dengan rahmat Ilahi...

setiap yang hidup, pasti menghadapi masalah kan...sama ade kecik atau besar..n bgaimna indvidu tu menghdpi mslah tersebut...aku pun tak terlpas gak drpd ujian Allah...di kala hati gudah gulana, dan setelah melakukan berbagai cara...akhirnya, tergerak hati untuk mmbuka laman web iluvislam, mneroka artikel yg berkaitan agr mmperoleh sdikit ktenangan hati...alhamdulillah, klau niat kta baik dan ikhlas, Allah akn mmpermudahkan urusan kita =D

pelangi selepas hujan, tu la tajuk artikle tersebut...sya kongsikan dsni dgn hrapan, agr kita sama2 dapat berkongsi ilmu tentang kehebatan Pencipta kita...


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

2 comments:

fars_putra said...

like....

cik husna said...

me too...waiting for d rainbow :)

Template by:

Free Blog Templates