Saturday, December 4, 2010

jangan kecewakan orang yang sayang kita

actually, dis is not d original post..stalk fb, then tejumpa note nie..dan rase sangat2 suka akan note ini sbb ade kbenarannya...bile da suke, trase nak share plak kat blog..selamat membaca dan memahami ea :)

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
sokong33...sbb aku sendiri mngalami mnde alah nie..hehe...jiwang tak?? =p

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.
menjadi impian tak bermaksud untuk memiliki...tpi,
klau dapat memiliki of coz boleh melompat tinggi smpai tak igt dunia...


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.
cinta tanpa syarat...syok kan :)

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

tapi...ade sesetengah pihak pkir situasi mcam ni adalah mengongkong...
hurm, trpulang pada tafsiran masing2


5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
sejak clash, da lama tak wat bende2 camnie..teringat kenangan dulu2....sebak lak,
tpi da janji y aku takkan mnangis lg..chill husna :)


6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
tandanya..kamu sentiasa ada dalam ingatan die..
tak pernah sesaatpun dia melupakan kamu...


7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
sangat tepat..sbb, sy da alami benda nie..dan sedang mengalaminya hingga saat ini...

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
satu lagi fakta yang tepat.....

9. Orang yang mencintai kamu ak
an belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
saya buat ini..walaupun msa tu da clash...
kerna skali cinta, aku tetap cinta..hee..mcam lirik lagu lak ean...


12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
betul2..orang yg mncintai kamu takkan melakukan perkara
yang dia tahu kamu tak suka....


19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
hehe...dulu...kini, semuanya tinggal kenangan....

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
memang situasi mmbunuh pun....

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
huuu...betul2..hingga saat ini, sang hati masih menunggu dirinya..
dan terbuka untuk mnerima dia kembali pada bila2 masa..


23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

heee,hanya sorang je yg ade dlam kpala otak ni bile pkir bab hati ngan perasaan neyh..hnya die,takde org lain...seyes ase mcam nak nanges time edit post nie..suploh kali baca pun stil ase sebak ag..sbb, mostly statement yang diberikan sngtlah berkaitan ngan diri ini..tpi, sy takleh nanges..
sy da janji pada dia, yg saya takkan menangis sbb die lagi..lau sy nanges, die akan terus menghilang dari hidup say..ouh, tak sanggup untuk menghadapi kehilangan itu..so, sy mesti kuat dan harus kuat.bertabahlah wahai sang hati..smile always :)

2 comments:

fars_putra said...

same to me...keadaan yg sme blaku...sebijik2 sme ...rse nk nages jer Opah..tp ak laki...huhuhu...thn jer la...

cik husna said...

atok..hee..lau ase nak nangeas tu, nanges je laa..tak smstinya laki tak leyh nanges..ko nanges diam2 suda..aku takkan tau punya :)

Template by:

Free Blog Templates