Thursday, June 13, 2013

tips bercinta jarak jauh

assalamualaikum wbt


kalau dah namenye menulis bila perlu, menulis ikut suka hati..maka inilah hasilnya...setaun berabuk..hehe...tak kisah, janji hati bahagia...aku menulis bukan kerana publisiti, tapi una menulis untuk kepuasan hati =)

daripada meghapu yang bukan2, daripada post benda2 yg akan buatkan orang lain tertekan...kat sni una nak share tips bercinta jarak jauh... *berdasarkan pengalaman sendiri
nak kate una bercinta jarak jauh, jauh jugak laa sebab kami tak pernah dekat...hee...kL-nilai, kL-johor, nilai-johor and now nilai-terengganu...ramai lagi yg bercinta dengan jarak yang lebih jauh kann 

1. hargai setiap masa yang ada
bila da jauh, aktiviti kita dan pasangan pun tak sama...mungkin salah seorang lebih santai aktiviti harian berbanding pasangan...jadi, bila ada masa terluang gunakan dengan sebaiknya..walaupun rase ade benda tak puas hati, jgn gunakan masa yg terhad ni untuk bergaduh..nnti kite sendiri yang rugi

2. tingkatkan kepercayaan, kurangkan kecemburuan
cemburu mmg sangat sinonim dengan wanita termasuk laa una sendiri..tapi, untuk jaga perhubungan kita kena tanamakan jugak sifat percaya terhadap pasangan kita...yakin dengan Allah..kalau ade yg tak kena, percayalah Allah akan tunjukkan juga pada kita bila tiba masanya

3. bincang ketidakpuasan hati dengan berhemah
salah faham, tak puas hati atau kecil hati mmg sinonim sgt dengan pasangan yang bercinta nie...jadi, kita perlu bijak untuk meluahkan perasaan tersebut tanpa berakhir dengan sebarang pergaduhan..luahkan dengan cara seperti bergurau, ataupun dengan sekreatif yang mungkin

4. bila pasangan perlukan kita, layankan saja
maksud kat sni, mungkin masa kita perlukan pasangan kita dia tidak ada untuk kita...sibuk mgkin, ataupun dengan alasan2 lain...tpi, sewaktu pasangan memerlukan kita jangan pula kita melakukan perkara yg sama dengan tujuan untuk mmbalas dendam sebaliknya, layankan keperluan pasangan kita...seandainya dia ingin mengadu atau bercerita, pastikan anda jadi pendnegar yang setia..

5. bila rindu, sms je...
yg ni pling slalu una buat..bila tetba teringatkan si dia, capai fon dan anta sms...dia nak balas atau tidak, itu terpulanglah...jgn harapkan balasan, sbb kalau pasangan kita tak balas kita akan kecewa...sebaliknya, positif dan matnaglah dalam tindakan anda

semoga berbahagia kepada semua pasangan sama ada yang jarak dekat ataupun jarak jauh =)


0 comments:

Template by:

Free Blog Templates