Monday, October 31, 2011

exam november 2011

salam..
blogger2 sekalian
dan pelawat2 sekalian..
mohon doa kalian semua
tuan blog nak exam
10.11.2011 - 17.11.2011
doakan una eah
semoga lulus dengan cemerlang
dan..doa juga untuk rakan2 seperjuangan yang lain
terutamanya untuk calon2 SPM
semoga dipermudahkan segala urusan
GUDLAK semua =)
dan..
terima kasih atas doa kalian...

Saturday, September 24, 2011

seandainya....cinta itu milik kita


Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, 
janganlah merasa tersisih. 
Tiada salahnya menyintai seseorang 
kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang 
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, 
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu 
tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. 
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. 
Bagaimana kamu mengurusi cinta 
begitulah kamu mengurusi dirimu 
dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. 
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita 
dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, 
tiada siapa yang harus dipersalahkan, 
relakanlah cinta itu pergi. 
Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. 
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. 
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. 
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, 
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. 
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia 
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri 
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...
DaN BerDoa Lah..

"Ya Allah..andai dia bukan milikku..
jauhkan lah hatinya dan hatiku..
butakan lah hatiku untuk merindui dia..
untuk mengingati dia..
menyayangi dia..
lupuskan lah dia dari ingatanku.... ..
Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. 
tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa"

Monday, August 1, 2011

Jom Join Bloglist Haris Kaito!

7 syarat Haris Kaito:
1)Buat satu entry dan letak tajuk Jom Join Bloglist Haris Kaito !
2)Linkkan ke entri ni.
3)Follow blog Haris.
4)Copy banner atas nie dan letak kat entri Jom Join Bloglist Haris Kaito !
5)Tag kawan korang.Ikut suka korang nak tag berapa ramai pun.Tak nak tag pun takpe.
6)Letak link entri korang kat ruangan komen.
7)Share kat facebook..............Gurau jer lah!..ha3.



Cik Husna say : everything is [done] except for number seven =p

Wednesday, July 27, 2011

sakit itu ujian

mr rainbow wif his beloved sista, JAJA

mr rainbow saya sedang kurang sihat
dia sakit-sakit badan
dia demam
dia batuk
saya sangat bimbang
saya rasa,
saya nak jadi doktor sekejap buat masa sekarang
nak jadi doktor untuk mr rainbow saya
nak pergi Nilai
nak tengok keadaan dia
saya risau...
saya tak mampu nak buat apa-apa
cuma berdoa 
dan terus berdoa
agar mr rainbow saya segera sembuh
untuk mr rainbow saya,
semoga awak cepat sihat
saya sentiasa mendoakan awak
sakit itu ujian dari Allah


Thursday, July 21, 2011

perempuan merajuk, KENAPA?

entry ini untuk pasangan yang bercinta khususnya, dan untuk semua pembaca umumnya. kenapa perempuan merajuk? kadang-kadang lelaki merasakan perempuan ni leceh dan merimaskan kerana perempuan mudah merajuk. tapi tanpa mereka ketahui perempuan merajuk itu pun adalah sebab mereka sendiri. kepada lelaki, pernah tak anda tahu mengapa kekasih hati anda merajuk?

1. perempuan inginkan perhatian
perempuan ini sangat manja dengan orang yang mereka sayang dan mereka sangat inginkan perhatian lebih daripada buah hati mereka. kadang kala, mereka merasakan perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh lelaki kurang, kerena itulah perempuan merajuk. mereka inginkan perhatian anda.

2. perempuan ingin rasa disayangi
bukan mereka tidak tahu bahawa mereka sememangnya disayangi. namun sikap lelaki yang sukar untuk mempamerkan perasaan sayang itu membuatkan mereka konfius. lantas, mereka mengambil langkah untuk merajuk agar mereka dapat melihat dan merasai kasih sayang daripada buah hati mereka.

3. perempuan ingin rasa difahami
sememangnya, lelaki dan perempuan terlalu banyak perbezaan dari pelbagai aspek. oleh sebab itu, mereka diciptakan untuk saling melengkapi. perempuan selalu ingin menunjukkan dan membuktikan kepada buah hati emreka bahawa mereka cintakannya, namun lelaki sebaliknya.lelaki bersikap lebih cool dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan dan tidak memahami hint-hint yang diberikan oleh perempuan.

merajuk bukan bererti marah. kadangkala kaum lelaki mudah salah erti. apabila perempuan merajuk, mereka sangkakan perempuan tersebut marah. percayalah, perempuan sukar untuk memarahi orang yang mereka sayang. mereka merajuk kerana mereka inginkan perhatian anda. hati perempuan sangat lembut, dan mereka sangat mudah memaafkan dan lekas reda daripada merajuk seandainya dipujuk.

nota kaki : una kadang-kadang ada jugak buat-buat merajuk. tapi nanti, mr rainbow cakap una takde mood dan akhirnya jadi salah faham antara kami. una sebenarnya bukan takde mood, cuma una nakkan perhatian. una sedang susah hati >.<

Thursday, June 30, 2011

segmen ben ashaari : JOM REKA DIALOG


syarat : bina lima ayat berdasarkan dua gambar di bawah, bermula dengan pertengkaran suami isteri dan berakhir dengan perdamaian


jeng33...petandingan mulut paling busuk!!!
suami : mulut I pling busuk...so, mengaku la U da kalah dengan I~
isteri : sape cakap? cuba U ambik plak bau mulut I ni, 10 kali lagi busuk dari mulut U..I lunch petai tengah hari tadi kat opis!~
suami : mak datok!ini memang dasyat.....!!! *pitam
isteri : alamak, ni da terlebih ni..abg33, bangun laa..huhu
suami : cak!!!haha, abg acah je..mulut syg tetap wangi..dulu, kini dan selamanya.... *phewwit~

gaye budak baru blaja nak wat dialog..pape pun, layan laa...skdar menghilangkan stress kejap ^_^

Thursday, June 16, 2011

blog review : V1



TUJUH (7) fakta menarik tentang METAFORA HIDUP vs SIMPLE LIFE
1. empunya metafora hidup ialah seorang gadis
2. manakala empunya simple life ialah seorang teruna
3. mereka sebenarnya merupakan pasangan kekasih, sebab tu laa templet mereka sama (sehati dan sejiwa ^_^ )
4. kalau nak tau kisah cinta mereka, silalah melawat blog mereka
5. 21, itulah usia mereka untuk tahun 2011 ini
6. mereka bakal guru. bakal guru kemahiran hidup dan bakal guru pemulihan bahasa melayu
7. IPG Kampus Pendidikan Teknik merupakan tempat dimana kisah cinta mereka bermula dan juga merupakan tempat perjuangan mereka sekarang

foot note : cik husna sangat jeles dengan mereka. kenapa? cinta mereka cinta jarak dekat. senang je kan kalau nak jumpa.cik husna nak jumpa mr rainbow sebulan sekali pun susah. sebab tu bile jumpa mr rainbow, cik husna suka tengok dia lama2, suka snap picta dia banyak2, stok untuk pertemuan akan datang yang ntah tak tahu bila. masing2 ada cara dan kisah cinta masing2 kan. harapan cik husna untuk amy (metafora hidup) dan juga syafiq (simple life) merangkap kak ngah dan juga angah cik husna, cik husna doakan kalian dipertemukan jodoh dan semoga kebahagian mengiringi setiap langkah kalian hingga ke akhirnya =)

Thursday, June 9, 2011

semoga dia milikku


YA ALLAH...
Kau hilangkan keletihannya
Kau hapuskan dukanya
Kau berikanlah dia kebahagiaan
Kau kuatkan di kala dia sangat lemah... 
dan kala aku tak mampu menguatkannya
Kau lindungilah dia dari sebarang keburukan
Kau lapangkanlah hatinya menerima setiap cubaan
Kau bukakanlah pintu rezeki yang melimpah ruah baginya
Jangan Kau ujinya andai dia tak mampu ya Allah... 
namun aku percaya, 
setiap apa yang Kau duga baginya, 
dia lelaki yang kuat dan tabah menghadapinya... 
Kau permudahkan segala-gala urusannya ya Allah

YA ALLAH
Kau peliharalah hati kami, akhlak kami serta jiwa kami
Kau kuatkanlah kami dalam menghadapi sebarang ujian daripada Mu 
kurniakan kepada kami kesabaran yang tinggi... 
dalam memahami diri masing-masing
bantulah kami dalam kebuntuan
hindarkanlah kami daripada amarah dan juga perasaan negatif yang lain
Kau satukanlah kami apabila tiba masanya kelak...
satukan hidup kami dalam sebuah istana bernama rumah tangga 
amin.... 

mr rainbow. abg wan. kak zatil. acu. abg epul. nenek. kak kiera
~~~ really want to be part of them ~~~

una punye desktop background untuk sekarang ni..sorie, wat entry agak pribadi..tapi, sy sangat rindukan mr rainbow saya..walaupun masih jauh lagi perjalanan kami, una amat berharap insan inilah yang bakal menemani una pada masa hadapan..mr rainbow selalu pesan : rilek, cool, harus saling percaya...die jugak slalu ckap, y die akan selalu ade untuk saya walau ape jua situasi kami waktu itu...
p/s : hati ini benar2 sayang akan insan ini..benar2 mengharapkan dirinya bakal mengiringi langkah ini..hati ini akan terus berdoa semoga inilah jodoh yang dicari2 selama ini 
note : kurangkan berbalah, tingkatkan mengalah ^_^

Tuesday, June 7, 2011

kempunan yang terlampau

perkara yang dikempunankan : 
AIR TERJUN



lokasi : 
mane2 pun tak kisah, asal namenye  air terjun

kali terakhir lepak : 
tak ingat exactly date. da lame sangat da. ade kot dalam dua taun lepas

kenapa AIR TERJUN :
1. air die sejukkkk....
2. suasana aman damai dengan bunyik2 unggas2 yang tak kelihatan
3. air terjun biasanya dalam hutan..tu yang best, redup je. dan hijau je pemandangan
4. bunyi air terjun yang best!!bunyi air menghempas batu
5.sebab da lame tak g air terjun. asyek2 p pantai je 
(dlam kate lain, asyik2 g teluk batik je sebab si adik kechik suke sengat g teluk batik..kena laa beralah)

halangan :
1. paling utama ialah penyakit kencing tikus..huwaaa =(
2. kena mengalah bila si kechik ecah nak g pantai
3. takde orang nak bawak..so, anyone?

tempoh kempunan :
hampir mencecah setahun suda...tak kesian ke? >.<

harapan : 
muncul sang jejaka hensem berpakaian hitam bermotor besar ajak saya pergi air terjun...hoho *berangan 
(terbayang watak jejaka ros merah macam dalam siter sailermoon lak..hoho)

Wednesday, June 1, 2011

us ^_^

picture info
inchik ahmad sobree with cik husna
taken on 29.05.2011
at pikot's house (bandar tenggara, johor)

The Diary Of Jane
by: Breaking Benjamin


If I had to
I would put myself right beside you
So let me ask
Would you like that?
Would you like that?

And I don't mind
If you say this love is the last time
So now I'll ask
Do you like that?
Do you like that?

Something's getting in the way
Something's just about to break
I will try to find my place in the diary of Jane
So tell me how it should be

Try to find out what makes you tick
As I lie down
Sore and sick
Do you like that?
Do you like that?

There's a fine line between love and hate
And I don't mind
Just let me say that I like that
I like that

Something's getting in the way
Something's just about to break
I will try to find my place in the diary of Jane
As I burn another page
As I look the other way
I still try to find my place in the diary of Jane
So tell me how it should be

Desperate, I will crawl
Waiting for so long
No love, there is no love
Die for anyone
What have I become

Something's getting in the way
Something's just about to break
I will try to find my place in the diary of Jane
As I burn another page
As I look the other way
I still try to find my place
In the diary of Jane

foot note : nape una letak lagu nie? sebab.sebab.sebab inchik ahmad sobree kate this is our theme song..haha. layan je la walaupun hakikatnya una lebih suka layan lagu melayu dr lagu omputih. sbb ape? sebab tak reti nak mnyebutnya, tegeliat lidah melayu yg mkan sambal belacan neyh. bak kate orang, kalau da sayang, sume benda tentang die kite akan suka dan belajar untuk menyukai. heee~~~

Monday, May 30, 2011

happy 16th jaja :)

29.05.2011
jaja's besday
and we had celebrated it together
1st time jumpe jaja...suka + segan
but...she's very cute laa
besday girl in PINK!
jaja's cake
da kena potong separuh
mr camera man lupe nak amek gambar full..haiya!~
cheese blueberry cake..nyummy
sedap..tapi, tak leh nak makan banyak sebab da makan kat 2 tempat kenduri sebelum celebrate her besday
jaja looks so excited dapat kek ni =)

us!
kak kiera. jaja. acu. abg wan. me. ikyn. atin
candid by mr cameraman
mkanan sangat banyak + sedap time nie
mee rebus + bubur jagung
kenyang yang terlampau...hehe 

foot note : sape mr cameraman?of kos la my chenta hati, incik ahmad sobree mohd yusof.sory ea takde gambar mr cameraman dalam ni. actually, ni 1st time una jumpe ngan his family.thanx too ikyn n atin sbb teman. bedebar gile kot! cuak. huhu...but his family was very happening n sporting. want to be part of them..haha. gatal @_@


story end : sem 3

assalamualaikum wbt


syukur Alhamdulillah, tamat jugak sem 3 akhirnya
suka + duka + girang + kecewa + tension + putus asa + bercelaru + bahagia
sume rase ade..menjadikan una lebih matang.lebih berpengalaman, dan lebih dewasa
jom review and flashback balik ape yg una da stdy kat sem 3 neh 


1. statistik by DR MAHMUD YAHAYA
2. resos dalam matematik by MISS TAN KIM LAN
3. english for undergraduates by PUAN HALEZA KHUSAINI
4. hubungan etnik by ENCIK MAHDI SHUIB
5. pengurusan bilik darjah dan tingkah laku by DATIN CHE' BALKIS ISMAIL
6. anatomi dan fisiologi by ENCIK ISHAK BIN OTHMAN
7. pandu puteri kadet leading by PUAN NORMAH


and now..three weeks of holiday. praying and hoping the best for my results and my friend's result too. pray for our success please :)
semoga dipanjangkan umur untuk bertemu dengan semester 4 dan semoga dberi kesempatan untuk menghabiskan pengajian di IPG KP Teknik ini...AMIN

checklist untuk sem 3:
family - OK!
kawan2 - OK!thanx for d trip  kL-melaka-johor. luv it!
kewangan - not very good. need a very wise plan for next sem~
enset - wat perangai.tak suke!
lappy - da mule sakit2. =(
mr rainbow - maintain n setady. luv forever!

Saturday, March 19, 2011

Jom Sertai Bloglist Haris Kaito

JANTINA : PEREMPUAN

penganjur bloglist : ENCIK HARIS KAITO
ditag oleh : CIK NAJWA

[done!]
[nak join? klik banner di atas ea] 

Tuesday, March 15, 2011

Show Me Your BFF Contest

banner contest..kalau beminat nak join, sila klik banner tersebut ea :)

Dear Nurulbadiah Lai,
picta yang tak seberapa ini una sembahkan kepada anda.
picta bersama bff tersayang sewaktu kami hang out together tahun ni.
perkenalan hampir 8 taun, terasa sprti baru bermula selama 8 hari.
una di Malaysia dan dia di Mesir
namun, dalam hati kami masing2 ada rasa sayang antara 1 sm lain
iliyani yusoff, i luv u without any condition
i luv u bcause just d way u r
semoga ukhwah kita berkekalan

penganjur contest : Nurul Badiah
di tag oleh : Miss Rara @ Azra
terms and conditions : settle
tarikh tutup : 15 april 2011
[done!]

Monday, March 14, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

wah..semangat berkobar2 lagi nie nak join blog abg ben..actually, sejak kechik una stay n mmbesar kat selangor..tapi sebab title die ikut negeri kelahiran, n kebetulan una bukan lahir kat selangor, tapi lahir kat perak (kampung) so..dengan bangganya una nak umumkan

SAYA ANAK PERAK :)


Sila ceritakan latar belakang anda .. 
ok2, diam sume! penglipur lara mula nak bercerita. hehe. sprti yg una da ckap, una lahir kat kmpung una kat teluk intan, perak. bidan yg sambut. time una wat entry ni pun, una tga kat kmpg, kat rumah tmpat una dilahirkan. lgi psal una? simple. suka disayangi. anak kepada seorang guru dan seorang suri rumah. taken by mr rainbow. tak suke serabutkan kpala dgn ragam manusia yang mcam2. hehe...tatau nak cter ape la.ckup la kot.nak tau lebih lanjut, rjuk una okie :)

Profesion anda sekarang ? 
student. sy msih seorang pelajar di maktab atw nm lainnya Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. major in matematik n minor dalam english dan PJK. 

Blog favourite anda .. kenapa ? 
of koz blog abg ben. teringin nak jadikan blog una sprti blog die. mmpu untuk mmpromosikan blog2 lain. blog una skrg, nak promosi dri sdri pun msih merangkak2 lagi.

Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ? 
takde kot. una sggah sume blog. dan suke sume. tak elok la sifat taksuke2 ni. kan?

Impian anda terhadap blog anda ..
nak jadikan blog uan sefeymes blog abg ben! insyaAllah klau ade rezeki. tapi yang penting, una nak kekalkan blog una sampai tua. bile da tua2 nanti, bole bukak blog balik, tengok balik kegitan n aktvti una zaman mude2 nie. hehe. kenangan tu :)

ok, done! enjoy doing this segmen :) hidup abg ben!

kalau PENDAPAT kita ditolak....

 pernah tak anda rasa menyuarakan sebarang idea ataupun pendapat/ pandangan? dan pernah tak pandangan anda ditolak? apa yang anda rasa?
sedar atau tidak, perasaan seseorang itu berbeza apabila pendapat dia ditolak orang orang yang berbeza. anda kurang faham? ok, jom kite tengok contoh

situasi 1 :
kalau PENDAPAT anda ditolak oleh orang yang anda hormat (org yang anda rasa lebih hebat daripada anda)
mesti rase keciwa sbb pendapat anda ditolak itu kurang. malah, jika org tersebut menyuarakan pendapatnya, anda akan menyokong pendapat tersebut dengan siap bagi contoh dan pengukuhan tambahan lagi

situasi 2 :
kalau PENDAPAT anda ditolak oleh orang yang anda rasa sama taraf dengan anda
rase kecewa tu mungkin ada. dan bila dia menyuarakan pendapat, anda akan berdebat dengannya untuk menegakkan pendapat masing2. mencari pro dan cont antara satu sama lain.

situasi 3 :
kalau PENDAPAT anda ditolak oleh orang yang anda rasa anda lebih bagus daripadanya
anda mungkin tak dapat menerima yang pendapat anda ditolak oleh dia dan anda akan memperlekehkan pula pendapat yang disuarakan oleh dia. bagi anda, anda mempunyai pendapat yang jauh lebih baik daripada pendapat dia yang ntah pape tu.

situasi 4 :
kalau PENDAPAT anda ditolak oleh orang yang beria-ria minta anda suarakan pendapat
kes macam ni selalu jugak terjadi. anda tak berminat untuk menyuarakan sebarnag komen pada awalnya. namun kawan anda beria-ria minta anda untuk menyuarakan pendapat. anda pun mula berfikir untuk mencari idea yang terbaik untuk disuarakan. namun, setelah pendapat anda disuarakan, rakan anda buat endah tak endah sahaja terhadap pendapat anda tersebut. sakit hati kan?

oleh itu, jika anda merupakan seorang yang MENERIMA pendapat, dan jika ingin menolak pendapat seseorang, tolaklah dengan cara yang berhemah agar tidak melukai hati mana-mana pihak. dan sekiranya anda merupakan seorang yang MENYUARAKAN pendapat, bersiap sedialah dari segala aspek untuk menghadapai sebarang kebarangkalian sama ada pendapat anda diterima ataupun mungkin akan ditolak.

nota kaki : bersama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik :)

Template by:

Free Blog Templates