entry ini untuk pasangan yang bercinta khususnya, dan untuk semua pembaca umumnya. kenapa perempuan merajuk? kadang-kadang lelaki merasakan perempuan ni leceh dan merimaskan kerana perempuan mudah merajuk. tapi tanpa mereka ketahui perempuan merajuk itu pun adalah sebab mereka sendiri. kepada lelaki, pernah tak anda tahu mengapa kekasih hati anda merajuk?
1. perempuan inginkan perhatian
perempuan ini sangat manja dengan orang yang mereka sayang dan mereka sangat inginkan perhatian lebih daripada buah hati mereka. kadang kala, mereka merasakan perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh lelaki kurang, kerena itulah perempuan merajuk. mereka inginkan perhatian anda.
2. perempuan ingin rasa disayangi
bukan mereka tidak tahu bahawa mereka sememangnya disayangi. namun sikap lelaki yang sukar untuk mempamerkan perasaan sayang itu membuatkan mereka konfius. lantas, mereka mengambil langkah untuk merajuk agar mereka dapat melihat dan merasai kasih sayang daripada buah hati mereka.
3. perempuan ingin rasa difahami
sememangnya, lelaki dan perempuan terlalu banyak perbezaan dari pelbagai aspek. oleh sebab itu, mereka diciptakan untuk saling melengkapi. perempuan selalu ingin menunjukkan dan membuktikan kepada buah hati emreka bahawa mereka cintakannya, namun lelaki sebaliknya.lelaki bersikap lebih cool dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan dan tidak memahami hint-hint yang diberikan oleh perempuan.
merajuk bukan bererti marah. kadangkala kaum lelaki mudah salah erti. apabila perempuan merajuk, mereka sangkakan perempuan tersebut marah. percayalah, perempuan sukar untuk memarahi orang yang mereka sayang. mereka merajuk kerana mereka inginkan perhatian anda. hati perempuan sangat lembut, dan mereka sangat mudah memaafkan dan lekas reda daripada merajuk seandainya dipujuk.
nota kaki : una kadang-kadang ada jugak buat-buat merajuk. tapi nanti, mr rainbow cakap una takde mood dan akhirnya jadi salah faham antara kami. una sebenarnya bukan takde mood, cuma una nakkan perhatian. una sedang susah hati >.<
2 comments:
hahahha..coeml..tapi ada yg kata kalau pempuan merajuk ni tandanya manja..laki yg kta...hahah
manje pun dengan yang berkenaan je..bukan manja sebarangan :)
Post a Comment