pernah tak anda rasa menyuarakan sebarang idea ataupun pendapat/ pandangan? dan pernah tak pandangan anda ditolak? apa yang anda rasa?
sedar atau tidak, perasaan seseorang itu berbeza apabila pendapat dia ditolak orang orang yang berbeza. anda kurang faham? ok, jom kite tengok contoh
situasi 1 :
kalau PENDAPAT anda ditolak oleh orang yang anda hormat (org yang anda rasa lebih hebat daripada anda)
mesti rase keciwa sbb pendapat anda ditolak itu kurang. malah, jika org tersebut menyuarakan pendapatnya, anda akan menyokong pendapat tersebut dengan siap bagi contoh dan pengukuhan tambahan lagi
situasi 2 :
kalau PENDAPAT anda ditolak oleh orang yang anda rasa sama taraf dengan anda
rase kecewa tu mungkin ada. dan bila dia menyuarakan pendapat, anda akan berdebat dengannya untuk menegakkan pendapat masing2. mencari pro dan cont antara satu sama lain.
situasi 3 :
kalau PENDAPAT anda ditolak oleh orang yang anda rasa anda lebih bagus daripadanya
anda mungkin tak dapat menerima yang pendapat anda ditolak oleh dia dan anda akan memperlekehkan pula pendapat yang disuarakan oleh dia. bagi anda, anda mempunyai pendapat yang jauh lebih baik daripada pendapat dia yang ntah pape tu.
situasi 4 :
kalau PENDAPAT anda ditolak oleh orang yang beria-ria minta anda suarakan pendapat
kes macam ni selalu jugak terjadi. anda tak berminat untuk menyuarakan sebarnag komen pada awalnya. namun kawan anda beria-ria minta anda untuk menyuarakan pendapat. anda pun mula berfikir untuk mencari idea yang terbaik untuk disuarakan. namun, setelah pendapat anda disuarakan, rakan anda buat endah tak endah sahaja terhadap pendapat anda tersebut. sakit hati kan?
oleh itu, jika anda merupakan seorang yang MENERIMA pendapat, dan jika ingin menolak pendapat seseorang, tolaklah dengan cara yang berhemah agar tidak melukai hati mana-mana pihak. dan sekiranya anda merupakan seorang yang MENYUARAKAN pendapat, bersiap sedialah dari segala aspek untuk menghadapai sebarang kebarangkalian sama ada pendapat anda diterima ataupun mungkin akan ditolak.
nota kaki : bersama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik :)
6 comments:
sokong entry nie!!heheeh
hehe..menulis berdasarkan pengalaman :)
tidak perlu mengira status seseorang apabila pendapat dikemukakan..yg penting apa yg diperkatakan, bukan siapa yang mengatakan. saidina umar pernah menegur dan menyatakan pndpt kpd Baginda SAW. Baginda tidak menolaknya. kemudian wahyu pun turun berkenaan pendapat tersebut..
skong..perlu melihat ape yg diperkatakan, bukan siapa yg mngatakan..
tp, yg lazimnya terjadi, begitulah..
pendapat kene logik dan bernas.. tp apa salah nya klu open minded.. terima tp kene tnya dia kenapa dia reject pendapat kita??? klu betul sila baiki, tp klu dia tak betul, cari idea tuk kukuhkan...
skong33!nak tolak sesuatu pndpt tu, kite kena ade isi yg lebih kukuh dan mantap :)
Post a Comment