Saturday, September 24, 2011

seandainya....cinta itu milik kita


Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, 
janganlah merasa tersisih. 
Tiada salahnya menyintai seseorang 
kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang 
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, 
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu 
tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. 
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. 
Bagaimana kamu mengurusi cinta 
begitulah kamu mengurusi dirimu 
dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. 
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita 
dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, 
tiada siapa yang harus dipersalahkan, 
relakanlah cinta itu pergi. 
Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. 
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. 
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. 
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, 
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. 
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia 
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri 
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...
DaN BerDoa Lah..

"Ya Allah..andai dia bukan milikku..
jauhkan lah hatinya dan hatiku..
butakan lah hatiku untuk merindui dia..
untuk mengingati dia..
menyayangi dia..
lupuskan lah dia dari ingatanku.... ..
Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. 
tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa"

Template by:

Free Blog Templates