Monday, June 29, 2009

...adUhai mUslimaH...


MUSLIMAH
peliharalah AKHLAKmu kerana ia adalah KEHIDUPANmu
peliharalah AGAMAmu kerana ia adalah NYAWAmu
peliharalah BUDI PEKERTImu kerana ia adalah LUKISAN HIDUPmu
peliharalah AMALANmu kerana ia adalah PAKAIAN UKHRAWImu
peliharalah LISANmu kerana ia adalah HARTAmu yang memnentukan BAIK BURUK dirimu


wahai muslimah idaman...kelembutan itu bukan kelemahan dan bukan juga penghinaan dari Tuhan tetapi ianya adalah hiasan kecantikan yang terletak pada dirimu...ALLAH telap menciptakan wanita itu dengan penuh sifat kelembutan..maka, peliharalah ia dan pupuklah ia..jgnlah kamu hilangkan kelembutan itu dari dirimu...


Tuesday, June 23, 2009

+1st awarD+


thank a lot to kak mimi...1st tme being awarded...gaga

+copy award di atas untuk diletakkan di blog anda yer+


+nyatakan 5 fakta menarik tntang pmbri award nie...+
  1. hurm...my senior kat scndry skul
  2. then....ex-intersaberian
  3. and...bekas prefect too kat intersaber
  4. ha...dlu kak mimi rumah merah
  5. chantek....btoi,xtipu
+nyatakan suploh fakta/ hobi tntang dri sdri+
  1. sgt suke ngan wane ijau...plus biru ugak
  2. ha...pantang nengok katak...gaga
  3. mkan sume bnde..tolak batu kayu je
  4. pengumpul keychain
  5. dlm proses brjimat dan mnabung...haha
  6. bntang pling tak disukai...kumbang
  7. suke coklat
  8. suke jenjalan...
  9. prefer motor then kereta..hehe
  10. sy baek...erk??yeke??
+beri award nie kpda 10 org dan describe tntg mereka+
  1. ieza : bacth Diamond V intersaber 0307
  2. tentang die : mmbr blogku
  3. selipa_jopun : sniorku y baek
  4. mahlil : dak grop kursus prs dulu
  5. insan biasa : senior ku di intersaber
  6. afnan : clasmate lower form..MAGHFIRAH UNITED
  7. si kepala berapi : adik akk dorm ku dlu..spe nth nm dak neh,tak igt
  8. kak fae : senior ku y brlesung ppit dalam
  9. eshad : kwan skola y agk rapt, agk best...
  10. i'm yours : kwan blog neh...hehe

Thursday, June 18, 2009

tEka-tEki +siri 1+


ha....jom pakat ramai2 cb try jwb teka-teki nie...
kite tengok sape yang handal....chaiyok

???
apakah jenis orang
yg bile die mati...
or meninggal..
atwpun da tak brnyawa lg kat dunia nie...
kite tak pyah ssah2 nak smpurnakan mayat die...
xperlu dimandikan
tak perlu dikafankan
tak perlu di sembahyangkan
dan...tak perlu jugak ntok dikebumikan
dan, yg pnting...org ni bukan la
orang yang mati syahid...
ha....apekah org itu....jeng33

SELAMAT MENCUBA...cuba jgan tak cuba

Sunday, June 14, 2009

disEbalik pEribaDi sEoranG waNita

...LEMBUT wanita kerana SENYUMANnya...
...CEKAL wanita kerana BERANInya...
...PATUH wanita kerana KESETIANnya...
...SABAR wanita kerana IMANnya...
...KASIH wanita kerana BELAIANnya...
...LEMAH wanita kerana AIR MATAnya...
...IKHLAS wanita kerana SIMPATInya...
...PENDAM wanita kerana CEMBURUnya...
...SAYANG wanita kerana SIFAT KEIBUannya...
...TANPA wanita, lelaki LEMAH...
...kerana wanita jugalah lelaki KALAH...


WANITA itu diciptakan ALLAH untuk menghiasi dunia ini...dan seindah hiasan yang tecantik adalah wanita yang solehah...peliharalah peribadimu sebagai seorang wanita muslimah...hindarkan dri mu drpda hanyut dan tergoda dengan dunia akhir zaman...jgan engkau hilangkan ciri-ciri semulajdi seorang wanita yang telah ALLAH kurniakan pd dri mu sjak azali lagi...semuga kta dpat mmelihra maruah wanita ISLAM.....insyaAllah



Thursday, June 11, 2009

bUatmU yanG bErgElar mUslimaH

sumber : iluvislam
Beritahu
pada muslimah itu

dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

>>...dan buatmu yang bergelar muslimah...jalan kehidupan ini takkan pernah sunyi dan sepi dr ujian...biar dikau digelar kolot dan ketinggalan, asal maruah dirimu terpelihara...ingtlah, ALLAH tidak pernah mengecewakan hambaNya yg menghrapkanNya dan ALLAH tidak pernah memungkiri janji..<<

thE pOwEr Of a wOmEn

sumber:iluvislam


KUASA LAYANAN PEREMPUAN
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN
Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN
Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya.


note : betapa bertuahnya kita ini yang dicptakan sbgai seorang wanita...ingatlah kita kpda sejrah SUMAYAH, tngn yg disgka lembut menghayun buaian mampu menggincng dunia dan melakar sejarah perjuangan Islam utk kita teladani bersama...namun,waspadalah dgn ujian dan dugaan yang bakal melanda..semoga kita tergolong dalam golongan org yang sentiasa bersyukur

Template by:

Free Blog Templates